Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan rahmat dan bimbinganNYA, usaha menulis dan berkongsi
secara ‘online’ di buka jalannya melalui penyertaan bersama Akademi Bekerja
Dari Rumah. Ia satu ruang yang saya berdoa agar dapat secara konsisten di
manfaatkan sebagai wadah perkongsian ilmu serta refleksi buat diri. Moga Allah
berkati dan redhai usaha ini.
Saya amat bersyukur lahir
dalam keluarga yang bersederhana dan menghidupkan budaya membangun
kualiti diri agar berkumpul kembali di alam abadi, insyaALLAH. Ibu abah yang
amat saya hormati dan kasihi memberi nama yang indah, Mardhiah binti Samsuri.
Sebagai refleksi ayat Al-Qur’an Surah Al-Fajr ayat 28:
Saya lahir di Sudan. Lahir mengenal bahasa Arab sebelum bahasa ibunda. Alhamdulillah ia kelebihan yang amat saya syukuri dalam usaha hidup dengan panduan Al-Qur’an. Saya dibesarkan dengan pelbagai pendedahan. Pendedahan tentang memahami al-qur’an dari segi bahasa. Pendedahan pengurusan rumah. Pendedahan membangun keupayaan diri. Pelbagai pendedahan yang membentuk saya kini.
Saya menerima latihan
yang cukup bermakna dari ibu dalam pengurusan rumah. Latihan yang diberikan
memberi kemahiran dalam pembuatan kek, biskut dan roti yang menjadi hobi saya.
Kemahiran ini memberi peluang untuk saya menjana pendapatan dengan mengadakan
kelas pembuatan coklat mahupun kelas menghasilkan produk bakeri di rumah
setelah berumahtangga.
Saya merupakan Graduan Universiti Islam Antarabangsa dalam
bidang Kejuruteraan Bioteknologi. Saya memilih membina kerjaya di rumah,
sebagai suri di hati insan istimewa anugerah Ilahi. Selepas bergraduasi, saya
membuka pusat tuisyen selama dua tahun.
Bidang pendidikan dan pembangunan diri amat dekat dengan
jiwa saya. Sebagai ibu kepada 4 orang anak, saya sentiasa berusaha memastikan
ada waktu untuk menambah ilmu melalui bacaan mahupun mendengar rakaman berkisar
pendidikan anak-anak, pembangunan diri, tafseer Qur’an serta perkembangan
semasa ummat Islam.
Sudah 8 tahun membina karier di rumah dengan membuat
penelitian terhadap ayat al-qur’an dalam mengurus kehidupan dan mengolah modul
yang dikongsikan secara ‘offline’. Pada bulan Ramadhan tahun ini, hati amat
terpanggil untuk meneroka usaha perkongsian secara online.
Saya berhasrat untuk berkongsi pelbagai aspek berkaitan
pembangunan diri, pendidikan anak serta refleksi dan tadabbur ayat cintaNYA. Moga
usaha ini sentiasa diberkati dan melayakkan saya sentiasa hidup dalam dakapan
redhaNYA.