Asas didik

Ebook Kunci Asas Didik Anak

https://asasdidik.blogspot.my


Kembara didik anak adalah kembara yang panjang. Suka saya mulakan kembara dengan berkongsi apa yang sahabat perhatikan pada cara Rasulullah S.A.W. Ada 4 tahap yang dapat kita belajar dari kata – kata Saidina Ali. Ia adalah contoh nyata bagaimana beliau melihat cara Rasulullah mendekati anak –anak. Supaya setiap diri dan jiwa tumbuh sejahtera dengan segala kebaikan yang ada dalam diri mereka.

4 tahap ini adalah:
Tahap 1(0 – 6 tahun)
Galakan asas pada tahap umur ini adalah bermain dengan mereka.
Tahap 2 (7-14 tahun)
Pada usia ini bermula proses disiplin anak. Mengajar adab.
Tahap 3 (15 – 20 tahun)
Ini pula tahap umur mendampingi anak sebagai kawan
Tahap 4 (21 tahun keatas)
Apabila anak mencapai umur 21 tahun, mak ayah lega untuk melepaskan anak pula meneroka hidupnya. 
 Kunci Asas didik anak
Ada 4 kunci asas didik anak yang saya rumuskan dalam ebook ini. 4 kunci ini sebagai solusi mahupun tools untuk cabaran harian didik anak.
Kunci asas didik anak adalah satu hasrat berkongsi kunci didikan berkesan. Berkesan bukan ertinya melihat tingkah laku anak – anak berubah serta merta dan tidak lagi berulang. Berkesan adalah satu usaha yang mak ayah buat dan memberi kesan buat jangka masa panjang. 

Ebook ini satu usaha berkongsi kunci asas didik anak. Kunci Asas ini boleh mak ayah guna pada semua tahap ini. Sehingga mak ayah benar – benar yakin boleh melepaskan anak untuk hidupnya tika mencecah usia 21 tahun.
E-book kali ini, saya fokus pada anak usia 0-6 tahun. Tahap umur sebelum anak ke sekolah.
Sebelum anak mula bersekolah adalah peluang. Mak ayah bina tautan saling percaya antara mak ayah dan anak. Biar apa jua perkara baru anak dapat di sekolah, mereka pulang pada mak ayah. Kembali bercerita pada mak ayah.


Apa kata mereka yang sudah membaca ebook ini:

‘Salah satu bahan rujukan dalam prosess pembentukan anak anak.’
Dewasa ini, terlalu banyak dugaan bagi seseorang yang bergelar 'ibu bapa'. Bukan mudah untuk membentuk anak anak jika tidak mempunyai ilmu. Anak adalah anugerah ILAHI. Sebagai ibu bapa, kitalah yang mencorakkan setiap keperibadian mereka.

Ilmu sangat penting agar kita dapat membentuk anak anak kita.

Ebook hebat ini digarap dan diolah dengan penggunaan bahasa yang mudah untuk kita lebih memahami . Segala perkongsian yang bermanfaat dikongsi oleh penulis dalam aspek memastikan anak anak kita tidak tersasar.

Saya sarankan ebook ini harus dimiliki oleh setiap ibu bapa dewasa ini sebagai salah satu bahan rujukan dalam prosess pembentukan anak anak.

Syabas kepada puan Mardhiah Samsuri .

Semoga terus suksess.

 
 Ulasan oleh Rosnaini Jamaludin
http://belajarkraftresin.blogspot.my



‘Bakal memberikan impak yang besar dalam dunia keibubapaan’
Dalam ebook Kunci Asas Didik Anak garapan penulisnya Puan Mardhiah Samsuri, saya tertarik apabila beliau menulis, 'mak ayah respon, bukan react'. Ayat yang mudah namun membri makna mendalam dalam situasi mendidik anak pada hari ini. Tambahan pula, gaya penulisan beliau amat menyentuh hati dimana gayanya seperti seorang pakar motivasi sedang memberi nasihat kepada saya.

Saya juga tertarik dengan ebook ini kerana beliau ada menyatakan tentang ibu bapa yang perlu 'connect' dengan diri sendiri sebelum 'connect' dengan anak. Ternyata setiap topik dalam penulisan membuatkan saya terfikir semula bahawa menjadi ibu bapa bukanlah datang dengan manual lengkap. Ebook ini amat bermanfaat sebagai panduan kepada ibu bapa dalam mengingatkan kita bahawa tugas menjadi ibu atau abapa adalah anugerah Tuhan yang perlu kita galas dengan ilmu penuh di dada.

Tahniah Puah Mardhiah kerana terbit dengan ebook Kunci Asas Didik Anak ini yang saya percaya bakal memberikan impak yang besar dalam dunia keibubapaan.

Semoga Puan Mardhiah terus sukses!



Ikuti maklumat Ebook ini secara dekat melalui channel Telegram 

Kembara Didik Anak

Klik sahaja link ini: t.me/kembaradidik

https://asasdidik.blogspot.my

 

No comments:

Post a Comment